Jalan

Tuesday, November 12, 2013

Alhamdulillah

Yaumul Ihtifal disambut dgn penuh meriah.
Walau berada di kejauhan, 'Musafir' turut merasai kemeriahannya...


Yaumul Ihtifal merupakan sebuah majlis yang disambut setiap akhir tahun di Sekolah Rendah Ibnu Abbas.
Yaumul Ihtifal juga merupakan sebuah majlis perpisahan bagi pelajar tahun 6 di sekolah tersebut.

Namun, di sana hadir perasaan sedih bagi mereka yang akan meninggalkan Sekolah Rendah Ibnu Abbas (Seria).
Sama ada, mualim, mualimah, mahu pun pelajar-pelajar tahun 6

Adapun begitu, 'Musafir' tertanya-tanya, ke mana hala tuju pelajar putera dan puteri tahun 6 yang akan meninggalkan SeRIA selepas ini.

Adakah kalian akan menyambung pengajian ke sekolah menengah harian?
atau
ke sekolah menengah berasrama penuh?
atau
ke ma'had tahfiz untuk menghabiskan 30 juzuk hafalan Al-Quran?
atau
ke mana-mana lagi sekolah lain?

di sini, 'Musafir' mengambil kesempatan untuk menasihati kalian dalam memilih sekolah menengah atau tempat belajar selepas ini:
Pilihlah sekolah, yang mampu:

1. Meningkatkan ilmu agamamu
2. Meningkatkan Ilmu sains, ilmu matematik,ilmu bahasa mahu pun ilmu apa sahaja mengikut minatmu
3. Menguatkan hubunganmu dengan Allah
4. Mengajarmu untuk lebih berdikari
5. Mengukuhkan lagi akhlak mulia yang sudah dipupuk di dalam dirimu

Mahupun begitu, kalian haruslah pandai bergaul dan memilih kawan...
Ingat apa tujuan kalian hadir ke sekolah..
Sesungguhnya, sekolah menengah merupakan medan di mana kalian boleh membentuk diri untuk menjadi sepertimana yang kalian inginkan...
bentuklah diri kalian untuk menjadi yang terbaik, sma ada dari segi ilmu, mahupun akhlak..


"Tiada manusia yang dihormati tanpa ilmu dan akhlak yang mantap"

Pelajar Tahun 6  2013







0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bicara Hikmah kali ini:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

من يرد الله به خيرا يصب منه

“Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan, Allah akan memberinya musibah.” (HR Ahmad dan Al Bukhari dari Abu Hurairah).

"Renung-renungkan Dan Selamat Beramal"