Aku Telah Pergi

Sunday, April 21, 2013

Matematik namamu,
kami pelajari,
dari dulu hingga kini,
tanpa jemu.

ternyata,
matematik,
tiada tandingan,
dan juga saingan.

walau sering terkeliru,
namun berjaya,
ku mengatasinya.
matematik




Assalamu`alaikum w.b.t.

sudah hampir sebulan 'Musafir' telah meninggalkan tempat itu.
perasaan rindu semakin membuak-buak.
Alhamdulillah, medan facebook boleh dijadikan wasilah untuk terus berhubung dengan mereka.



SERIA

bermula pada awal tahun 2013, 'Musafir' dihantar ke SERIA untuk menjalankan praktikum mengajar.
demi menggapai sijil perguruan yang dikeluarkan oleh MATRI kepada lepasan STAM sekolah tersebut.

Matapelajaran Matematik tahun 3 Othman dan Sains 5 Hassan.....

pada minggu pertama 'Musafir' di sana, heheh..
awal-awal masuk kelas, pelajar-pelajar masih belum tunjukkan belang mereka.
walaupun kelas senyap, tetapi, 'Musafir' merasakan ..."Akulah guru paling teruk!!!"

ini semua kerana apa yang 'Musafir' laksanakan kat dalam kelas, lari dari ape yang dirancang.
akibatnya, terambil masa cikgu lain 10 minit... [sedih, nak nangis rase mase tuh]
(lepas solat jumaat, balik rumah tutup muka guna bantal, menjerit sekuat yang mungkin)
time tuh, hantar mesej kat sorang sahabat... Alhamdulillah, nasihat sahabat cukup untuk menggerakkan kaki dan terus melangkah.

Hari berganti hari, sudah hampir 3 bulan 'Musafir' di sana... dah bulan MAC dah pun
tempoh praktikum hanya sehingga cuti penggal pertama [bulan 3]
sepanjang tempoh masa yang diberi, banyak kenangan terukir tanpa dipinta.
para Mualim dan Mualimah, Makcik Intan tukang kebun sekolah, Kak Ain kerani sekolah, Pakcik-pakcik, Makcik-makcik, pelajar-pelajar tahun satu, dua, tiga, empat, lima dan enam, putera dan puteri.

beratnya hati untuk meninggalkan SERIA. namun, perjalananku harus diteruskan
Alhamdulillah, beberapa hari sebelum cuti, ada beberapa orang pelajar yang sudi memberiku hadiah
mualim dan mualimah pula, mengadakan majlis makan, semperna pemergian 'Musafir'.

antara hadiah yang diterima dari pelajar

pengalaman di SERIA telah banyak mengajar 'Musafir'...

Kesimpulan: baruku tahu betapa banyak pengorbanan guru-guruku dulu... kenakalanku sudah dibalas dengan kenakalan anak-anak didikku. Hormati guru kalian

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi....

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



-USMAN AWANG 1979-






p/s:
-Lirik paling atas adalah litik lagu yang dinyanyikan oleh pelajar tahun 3 semperna minggu    matematik
-MATRI (Ma'had Attarbiyah AL-Islamiyah), Perlis
-STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia)

2 comments:

Zaza said...

Ape satu pepatah melayu 'Jauh dimata dekat dihati'? dan tak semestinya kalau seseorang tu pergi jauh dari sesuatu tempat itu dia akan lupekan tempat yang telah dia tinggalkan. Contohnya macam saya, stay kat UK but sometimes homesick aje.

P.S - nashid hijaz itu membuatkan saya lebih homesick -_-

'Musafir' said...

Zaza: Maaf, sbnarnye, nak trangkan mksud tajuk lagu tu... dan nak ckap wjudnya prasaan tu, adalah anugerah dari Allah dan ... smua org pernah..

~Gomen~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bicara Hikmah kali ini:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

من يرد الله به خيرا يصب منه

“Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan, Allah akan memberinya musibah.” (HR Ahmad dan Al Bukhari dari Abu Hurairah).

"Renung-renungkan Dan Selamat Beramal"