EMAS

Saturday, March 2, 2013

Assalamu`alaikum w.b.t.


Pernah sekali di dalam kelas Pengajian Am [Marhalah Khassah Matri]

Cg. Umar Yaakob bertanya kepada kami,
"Cuba kamu semua teka, bilakah zaman keemasan kerajaan islam?"


semua kami menjawab mengikut pengetahuan yang sedia ada...
"Khilafah Abbasiah", "Zaman Umar Abd Aziz" dan byak lg jawapan yang cuba kami lontarkan... ttpi, respond yg kami dapat dari cikgu, adlah sama...
"Salah"



kemudian kami terpinga2 mmikirkan apakah jawapan sebanarnya bagi teka-teki cikgu tadi...

Akhirnya, cikgu membuka bicara untuk memberitahu jawapan bagi teka-teki tadi...

"Zaman keemasan kerajaan islam adalah pada zaman..."
"Zaman apa?" Cikgu cuba menambahkan rasa ingin tahu dalam diri kami.

"Zaman keemasan kerajaan islam, adalah sewaktu islam dipimpin oleh Rasulullahi Salallahu 'Alaihi Wasallam."

Menjadi persoalan di dalam minda kami semua tentang jawapan yang baru sahaja disuarakan oleh cikgu tadi...

Kemudian, cikgu menyambung kata, demi memberi penerangan di atas setiap persoalan di benak fikiran kami...
[terlupalah apa yang cikgu terangkan]

Pada akhir penerangan, cikgu memberitahu kami, bahawa kita semua telah dipengaruhi oleh Al-wahn, sehingga mengambil zaman di mana kerajaan islam kaya dengan harta dunia sebagai zaman terbaik dalam sejarah islam dan melupakan zaman di mana wujudnya seorang pemimpin yang tiada kelemahan dari segi segala sesuatu.

Kesimpulannya: jangan mudah tertipu dengan harta benda dunia...

"Pandanglah orang yang kurang dari kita, nescaya kita lebih mudah untuk bersyukur"


p/s: -Al-Wahn = penyakit ummat akhir zaman [cinta dunia dan takut mati]
      -banyak gak penambahan dalam post ni, tp, kesimpulannya, begitulah....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bicara Hikmah kali ini:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

من يرد الله به خيرا يصب منه

“Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan, Allah akan memberinya musibah.” (HR Ahmad dan Al Bukhari dari Abu Hurairah).

"Renung-renungkan Dan Selamat Beramal"