MENAHAN MARAH ADALAH SATU KEKUATAN!!!!!!_2

Wednesday, May 4, 2011

  Antara akhlak yang keji adalah apabila seseorang itu marah apabila dirinya disakiti, lalu dia bertindak menggila, tetapi sebaliknya tidak marah apabila agama dihina dan dikeji...

  Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w.: "berpesanlah kepada aku". Rasulullah s.a.w. bersabda; "Jangan marah". kemudian lelaki tersebut meminta perkara yang sama berulang kali, tetapi Rasulullah s.a.w. tetap menjawab: "Jangan marah".

Cara asas yang perlu digunakan untuk merawat marah adalah;-


-Mengingati Allah

"Dan segeralahkamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapatkan) keampunan dari Tuhanmu dan (mendapat) syurga yang lebarnya seluas langit dan bumi yang disediakan  bagi orang yang bertaqwa, iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang yang menahan kemarahannya"
  [Ali Imran: 134]

-Berlindung kepada Allah

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasuullah s.a.w. bersabda: "jika seorang lelaki marah, lalu dia berkata:
  أعوذ بالله من الشّيطان الرّجيم, maka kemarahannya akan reda"

-Wuduk penyejuk kemarahan

Abu Wa'il Al-Qash, Abdullah Bin Bujair Al-Shan'ani rhm., berkata; "Kami masuk menemui Urwah Bin Muhammad Sa'di. Seorang lelaki sedang berbicara dengannya, sehingga menyebabkan beliau marah. Lantas beliau bangun dan pergi berwuduk. Kemudian beliau berkata: "Ayahku menceritakan kepadaku daripada datukku Athiyyah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kemarahan itu berpunca dari syaitan. Syaitan pula dicipta dari api. Sesungguhnya api hanya dipadam dengan air. Oleh itu, apabila seseorg antara kamu naik marah, maka hendaklah dia berwuduk". (Hadis riwayat Ahmad Dan Abu Daud)

-Diam merawat marah

Diriwayatkan oleh imam A-Bukhari dalam kitab Al-Adab Al-Mufrad; "Jika seseorang dari kamu marah, maka hendaklah dia diam"

-Duduk dan berbaring

  Diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Abu Dzar bahawa pada waktu itu beliau sedang minum di kolahnya, lalu datang suatu kaum seraya berkata: "Siapa antara kamu yang berani mengganggu Abu Dzar dan mengambil beberapa helai rambut di kepalanya?" Salah seorang berkata: "Saya!"

  lalu orang itu datang mengeruhkan kolah dan memukulnya. Pada ketika itu Abu Dzar yng sedang berdiri, lantas duduk, lalu berbaring.


  Beliau ditanya: "wahai Abu Dzar, mengapa kamu duduk kemudian berbaring?" Dia menjawab: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda kepada kami: "Jika salah seorang antara kamu marah, sedang dia dalam keadaan berdiri, hendaklah dia duduk jika marahnya dapat hilang dengan duduk (cukuplah dia duduk). Jika tidak, hendaklah dia berbaring"

Tip-tip untuk menyejuk dan memadamkan api kemarahan telah diajar oleh Rasulullah kepada sahabat baginda, dipraktikkan oleh mereka dan seterusnya disampaikan kepada generasi seterusnya...

ends~
SENYUM SOKMO!!!
^_^

"RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL" 

1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bicara Hikmah kali ini:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

من يرد الله به خيرا يصب منه

“Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan, Allah akan memberinya musibah.” (HR Ahmad dan Al Bukhari dari Abu Hurairah).

"Renung-renungkan Dan Selamat Beramal"