Allah Maha Lembut... ^_^

Saturday, August 25, 2012

Assalamu`alaikum w.b.t.....

   Alhamdulillah, sgala puji mesti dipanjatkan kepada Allah, tuhan yang maha lembut terhadap hamba-hamba-Nya...


   Pada Post kali ini, 'Musafir' ingin berkongsi sebuah kisah yang benar-benar berlaku pada diri 'Musafir' yang membuktikan bahawa, Allah itu, Maha Lembut.. 
[kalau ikutkan, nak karang sbuah buku tentang perjalanan hidup ni, edit2 r sket, biar jd best]




   Setibanya bulan syawal 2012, fikiran 'Musafir' bagaikan menarik tali memori agar otak dapat mentafsir kembali keadaan dan suasana pada ketika itu.. Aneh, tapi... Bahagia...

   Bermula pada suatu malam di bulan sya'ban 1433 hijrah ... time tu, 'on the way' nak pergi kedai makan bersama sahabat-sahabat.. tiba-tiba, handset berdering... "Assalamu'alaikum.." Ternyata ayah yang membuat panggilan.. selepas bertanyakan tentang keadaan diri 'Musafir' di pusat pengajian tinggi, ayah memberitahu bahawa "Ki masuk hospital, doa-doakanlah yer"  ( 'Ki' adalah panggilan keluarga 'Musafir' kepada datuk )... perbualan berakhir.. 'Musafir' terlupa tentang segala perkara dalam perbualan telefon tadi...

[Ki dalam post ini, adalah ayah kepada Ummi (Ummi: mak kepada 'Musafir')]

    Tiba bulan Ramadhan, kehidupan 'Musafir' berjalan seperti biasa.. cuti raya, pulang ke Terengganu..

tiba di rumah, Ki ada di ruang tamu... sedang terbaring di atas katil yang disiapkan oleh Ummi.. Ki tumpang di rumah 'Musafir' untuk memudahkan lagi pengurusan diri beliau... syawal menjelang, semua saudara-mara datang ke rumah 'Musafir'... kerana Ki menetap di rumah 'Musafir'... gembira... semua ada... selepas seminggu cuti, pulang kembali ke hostel....

    Tiba suatu hari... Ummi membuat panggilan telefon.... dengan suara yang serak (nada sedih), Ummi mengarahkan agar 'Musafir' dan adik-beradik yang lain pulang ke rumah dengan segera... "Ummi rasa, macam, Ki dah tak lama"... Kami yang memahami perasaan Ummi segera mencari tiket utk pulang ke rumah... Setibanya 'Musafir' di rumah, 'Musafir' mendapati adik-beradik yang lain sudah lama pulang... Ki sekarang, tidak lagi mampu untuk bangun ke tandas ataupun mengambil wuduk di bilik air.. oleh kerana cuti yang dibenarkan hanya 3 hari, sebelum 'Musafir' berangkat ke hostel.. 'Musafir' duduk di sebelah Ki, Ki memegang erat tangan 'Musafir'. senyuman tetap terukir di wajah beliau walau perit menahan kepedihan... "Ki, semua orang doa agar Ki cepat sembuh". "Ki pun harap begitu"... 'Musafir' memegang erat tangan beliau dan mengucupnya... sebak dada menahan air mata yang hampir terkeluar... Ki mengusap pipi 'Musafir'... terasa kelembutan belaian dari tangan yang kasar... Tiba waktunya, 'Musafir' berangkat meninggalkan kediaman...

      Mulai hari itu, 'Musafir' mula menghidupkan malam di surau.. setiap pukul 4 pagi, alarm handset 'Musafir' akan berbunyi dan membangunkan 'Musafir' untuk ke Musalla.. setiap malam 'Musafir' mendirikan solat hajat dan meminta [dalam keadaan menangis] agar Allah mentaqdirkan Ki sihat, dan dapat menjalankan kehidupan beliau seperti biasa...

     'Musafir' dilantik sebagai salah seorang anggota kawad kaki mewakili Relawan Malaysia (RELA) untuk pertandingan kawad kaki semperna hari malaysia.. Pertandingan akan dilangsungkan pada hari Jumaat, 16 September 2011... pada petang 15 September 2011, seperti biasa setiap hari khamis selepas solat zohor, salah seorang tenaga pengajar di pusat pengajian 'Musafir', Sir Abdul Nasir Bin Saleh akan mengumpulkan semua ahli kelas 'Musafir... dia memberikan kami sedikit tazkirah yang bertajuk wahai manusia, siapakah kamu?... perjumpaan bersurai.. Satu kata-kata beliau yang sering terngiang-ngiang di telinga 'Musafir'; "Kenapa kita harus takut kepada KEMATIAN? Kematian bagi orang mu'min, hanyalah perpindahan roh dari tempat yang kurang selesa, ke tempat yang lebih selesa"...

       Selesai solat asar, magrib, dan isyak, 'Musafir' berdoa; "Ya Allah, tetapkan yang terbaik buat semua manusia dan buat agamamu.. Sekiranya yang terbaik adalah Ki meninggal, maka matikanlah beliau sebagai seorang yang mulia di sisi-Mu.. Sekiranya yang terbaik adalah Ki hidup, maka sembuhkanlah beliau"... 'Musafir' mula meredhai apa sahaja yang ditaqdirkan oleh Allah...

        Pada 16 September 2011, pukul 3:50 pagi... 'Musafir' terjaga dari tidur.. handset yang berada didalam poket seluar sedang bergetar menandakan ada yang membuat panggilan... "3 misscall dan 2message!!??".. perlahan 'Musafir' menekan butang pada handset, membuka dan membaca message... message pertama daripada abang 'Musafir'... "ko blik x??".. 'Musafir' terus menekan butang pada handset untuk membaca message seterusnya.. daripada kakak sulung 'Musafir'... "Al-fatihah... Ki sudah kembali ke Rahmatullah"..
selesai membaca message tersebut, 'Musafir' tersentap... tak tahu nak buat apa.. air mata mula membasahi pipi.. suara tangisan 'Musafir' perlahan kedengaran... hampir 20 minit 'Musafir' di atas katil... hampir sahaja 'Musafir' putus harapan dari Allah.. teringat kembali kata-kata Sir Abdul Nasir, "Kematian bagi orang mu'min, hanyalah perpindahan roh dari tempat yang kurang selesa, ke tempat yang lebih selesa"... 'Musafir' turun dari katil menuju ke musalla... 'Musafir' berdoa dengan bersungguh-sungguh agar Allah telah mentaqdirkan yang terbaik... hati 'Musafir' semakin tenang dan redha atas apa yang berlaku...

       Pertandingan kawad kaki bermula dengan baik, dan berakhir dengan baik... walaupun tidak menang, tapi kami dah lakukan yang terbaik.. sebelum zohor, 'Musafir' sempat menunaikan solat sunat jenazah ghaib.. Khutbah jumaat yang diberikan oleh Ustaz Mohd Akram Bin Dahlan pada hari itu bercakap tentang ujian dari Allah...
"Demi sesungguhnya, kami akan menguji kamu (orang beriman) dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan dari harta, jiwa serta hasil tanaman. berilah berita gembira kepada mereka yang sabar. iaitu apabila mereka ditimpa kesusahan, mereka berkata; sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali"
-Al-Baqarah: 155-156-

 Sebak dada, menahan kesdihan...
Seperti pujukan terus dari Allah memanah terus menosok ke dalam hati.

 Sesungguhnya, Allah memberi ujian kepada hamba-hambanya adalah untuk mengangkat darjat mereka.. sepanjang khutbah, air mata 'Musafir' tidak berhenti mengalir, memikirkan tetang betapa Allah itu maha lembut kepada hamba-hamba-Nya...

       Pada petang harinya, 'Musafir' dan beberapa orang shabat diarahkan untuk bergotong-royong membersihkan kawasan rumah sewa milik sekolah... sedang asyik bekerja, salah seorang sahabat bertanya; "'Musafir', ape khabar datuk nta?"... 'Musafir' terdiam seribu kata.. memang hati ini sudah meredai, tetapi, inilah sifat makhluk, sedih apabila kehilangan.. 'Musafir' cuba mengukirkan senyuman yang paling manis dan menjawab; "Dia dah meninggal".. semua sahabat yang ada di siitu terkejut mendengar jawapan 'Musafir'.. seorang lagi sahabat bertanya; "bila".. "pagi tadi"... "betol ke?"... "yep"... "kenapa tak sedih pun?"... "nta tak ingat ke ape Sir Nasir cakap semalam?? kematian tu hanyalah perpindahan roh dari tempat yang kurang selesa ke tempat yang lebih selesa"...  'Musafir' cuba mengukirkan senyuman yang paling manis pada ketika itu... tiba-tiba, seorang senior datang menaiki motorsikal... "jom 'Musafir'. dah lambat ni".. dia membawa 'Musafir' ke stesen bas... 'Musafir' pulang ke rumah dengan perasaan bahagia.. bahagia apabila terkenangkan betapa Allah itu maha lembut terhadap hamba-hamba-Nya..


Kini 'Musafir' mengerti... HUSNU ZHON kepada ALLAH adalah kunci ketenangan hati.. kerana semua yang berlaku adalah di atas kehendak Allah.. dan kerana setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya..


~End~
"Fikir-fikirkan Dan Selamat Beramal"

WAHAI MANUSIA, SIAPAKAH KAMU ?

Sunday, August 19, 2012

Oleh Asy Syahid Al Imam Hassan Al Banna
Terjemahan: Mimbar Jumuah.





Terjemahannya:
“ Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (dengan berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang telah menciptakan kamu dan menyempurnakan kejadian kamu dan menjadikan (susunan tubuh) kamu seimbang dalam bentuk apa sahaja yang dikehendaki. Dialah yang menyusun tubuhmu. “
(Surah Al Infitar : ayat 6 – 8)
Dialah yang menyempunakan kejadian kita... patutkah kita derhaka?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bicara Hikmah kali ini:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

من يرد الله به خيرا يصب منه

“Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan, Allah akan memberinya musibah.” (HR Ahmad dan Al Bukhari dari Abu Hurairah).

"Renung-renungkan Dan Selamat Beramal"